Dekoder MYTV Diedar

Seperti yang dirancang semasa pelancaran kerjasama MYTV & TM pada November tahun lepas, fasa pertama percubaan penyiaran televisyen digital (DTTB) kini telah bermula di Pantai Timur.

Tiga stesen pemancar telah dipasang di Bukit Besar Terennganu, Bukit Bakar Kelantan dan juga Bukit Pelindung Pahang. Dijangkakan menjelang Januari 2016, seluruh kawasan di Pantai Timur dapat menerima siaran digital ini.
Sejak 17 Mei lalu, sebanyak 20,000 set dekoder MYTV diedarkan kepada penduduk berhampiran stesen pemancar ini dalam fasa percubaan. Akan datang, sebanyak dua juta set dekoder percuma akan diedarkan di seluruh negara kepada isi rumah terpilih.
Mereka yang terpilih dalam sesi ujian ini adalah terdiri dari penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan e-Kasih, dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, yang tidak melanggan sebarang siaran TV berbayar seperti Astro & TM HyppTV.
Setakat ini, siaran percubaan ini memberikan isi rumah menonton saluran TV1, TV2, TV3, NTV7, TV8, TV9 & TV AlHijrah dalam kualiti digital. Sejumlah 30 saluran akan dapat dinikmati menjelang Januari 2016 kelak. Manakala lebih 40 penyiar memaklumkan minat untuk menyertai penyiaran digital melalui MYTV Broadcasting.

Fasa seterusnya akan menuju ke Sabah dan Sarawak, kemudian ke negeri di Utara Semenanjung, menuju ke Selatan dan berakhir di Lembah Klang. Disasarkan 98% kawasan berpenduduk di Malaysia, akan menerima siaran digital MYTV secara menyeluruh menjelang pertengahan 2016.

2 comments:

  1. For past 2 weeks signal level from Menara KL is zero i.e. E025 no signal

    ReplyDelete
  2. Any DVBT2 signal coverage in Desaru

    ReplyDelete